
Dasar Kualiti
PPPA beriltizam menyediakan perkhidmatan berkaitan hal ehwal akademik yang berkualiti dan mematuhi standard bagi memenuhi kepuasan pelanggan melalui penambahbaikan berterusan selaras dengan Visi dan Misi universiti.
Objektif Kualiti
- Memastikan dasar pembangunan dan pengurusan akademik mematuhi standard.
- Menguruskan hal ehwal akademik prasiswazah merangkumi pengambilan pelajar, pendaftaran kursus, penjadualan kuliah, perekodan status pengajian pelajar, peperiksaan dan pengijazahan serta pengurusan data dan konvokesyen.
- Memastikan pengurusan pembangunan dan kecemerlangan akademik dilaksanakan berteraskan standard yang ditetapkan dan penambahbaikan yang berterusan selaras dengan keperluan pihak berkepentingan
- Meningkatkan keberkesanan khidmat sokongan pembelajaran digital.
- Menyediakan khidmat nasihat berkaitan hal ehwal akademik mengikut skop fungsian.


