Aluan Pengarah

Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik
Perubahan dan keperluan semasa mewajarkan UMT untuk melakukan penjajaran kepada struktur organisasi dan fungsi demi meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran bagi menyokong visi UMT menjadi sebuah universiti berfokus marin terunggul dalam negara dan disegani di peringkat global.

Alhamdulillah,

Syukur kehadrat Ilahi dengan izinNya laman sesawang Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik (PPPA) dapat dibangunkan dengan tujuan untuk menjadi salah satu tempat memberi informasi hal ehwal akademik UMT secara amnya.

 Perubahan dan keperluan semasa mewajarkan UMT untuk melakukan penjajaran kepada struktur organisasi dan fungsi demi meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran bagi menyokong visi UMT menjadi sebuah universiti berfokus marin terunggul dalam negara dan disegani di peringkat global.

 Oleh yang demikian, saya mengalu-alukan semua pihak berkepentingan UMT terutamanya pelajar dan ibu bapa untuk mengunjungi laman sesawang Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai program pengajian yang ditawarkan dan prasarana yang disediakan oleh UMT.

 Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan laman sesawang Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik ini. Kejayaan ini dapat dikecapi atas semangat kerja, komitmen, dan dedikasi daripada semua yang terlibat.

 

Yang benar,

Prof. Ts. Dr. Salisa Abdul Rahman

Pengarah, Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik
Universiti Malaysia Terengganu

Sejarah

Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik
Sejarah penubuhan PPPA bermula dengan komitmen Universiti Malaysia Terengganu untuk memperkukuh pengurusan akademik yang sistematik, berkualiti dan berdaya saing. PPPA berperanan sebagai pusat penyelarasan pembangunan akademik bagi menyokong kecemerlangan pengajaran, pembelajaran dan tadbir urus akademik universiti.

1 Ogos 2019

Pusat Pembangunan Akademik dan Kualiti (PPAK) telah ditubuhkan selaras dengan penjajaran struktur organisasi UMT.


PPAK adalah sebuah PTJ yang menggabungkan 3 buah Pusat Tanggungjawab pada asalnya dikenali:

Pusat Pembangunan dan Kualiti Akademik (PPPKA)
Jabatan Pengurusan Akademik (JPA)
Pusat Pengurusan Siswazah (PPS)

1 Oktober 2021

Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik (PPPA) telah ditubuhkan selaras dengan penjajaran struktur organisasi UMT: PPPA kemudian dipecahkan kepada tiga (3) buah Pusat Tanggungjawab iaitu:

Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik (PPPA)
Pusat Pengurusan Siswazah (PPS)
Pusat Pengurusan dan Penjaminan Kualiti (PPPK)

1 Januari 2023

Bahagian Pembelajaran Digital telah menjadi sebahagian daripada PPPA. PPPA kemudian dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:

Bahagian Dasar dan Pentadbiran
Bahagian Pengurusan Akademik
Bahagian Pembangunan Akademik
Bahagian Pembelajaran Digital

Carta

Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik
Carta organisasi ini menunjukkan struktur pentadbiran dan hubungan pelaporan dalam Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik (PPPA), UMT bagi menyokong tadbir urus akademik yang efektif.

Frequently Asked Questions About Us