Dasar Kualiti

PPPA beriltizam menyediakan perkhidmatan berkaitan hal ehwal akademik yang berkualiti dan mematuhi standard bagi memenuhi kepuasan pelanggan melalui penambahbaikan berterusan selaras dengan Visi dan Misi universiti.
Dasar Kualiti

Visi

Menjadi pusat kecemerlangan dalam pembangunan dan pengurusan akademik yang inovatif, berkualiti serta diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa.

Misi

Menyelaras dan memperkasa pembangunan serta pengurusan akademik melalui tadbir urus yang cekap, penyampaian perkhidmatan berkualiti, inovasi berterusan dan pematuhan kepada standard pendidikan tinggi bagi menyokong kecemerlangan Universiti Malaysia Terengganu.

Objektif Kualiti

  • Memastikan dasar pembangunan dan pengurusan akademik mematuhi standard.
  • Menguruskan hal ehwal akademik prasiswazah merangkumi pengambilan pelajar, pendaftaran kursus, penjadualan kuliah, perekodan status pengajian pelajar, peperiksaan dan pengijazahan serta pengurusan data dan konvokesyen.
  • Memastikan pengurusan pembangunan dan kecemerlangan akademik dilaksanakan berteraskan standard yang ditetapkan dan penambahbaikan yang berterusan selaras dengan keperluan pihak berkepentingan
  • Meningkatkan keberkesanan khidmat sokongan pembelajaran digital.
  • Menyediakan khidmat nasihat berkaitan hal ehwal akademik mengikut skop fungsian.

Frequently Asked Questions About Us