Bahagian Pengurusan Akademik
Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik

Bahagian Pengurusan Akademik bertanggungjawab menyelaras, mengurus dan memantau hal ehwal akademik universiti bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan selaras dengan dasar serta peraturan yang berkuat kuasa.
- Menguruskan proses pengambilan, pemilihan dan pendaftaran pelajar baharu program Asasi, Diploma dan Sarjana Muda.
- Menguruskan penglibatan di dalam program promosi akademik anjuran BKPA, JPT dan KPT.
- Menguruskan proses penawaran dan pendaftaran kursus, permohonan tukar program, tangguh pengajian, tarik diri, gugur nama, rayuan kemasukan serta pengesahan pelajar.
- Menguruskan dan melaporkan data- data berkaitan PSUMT, MyMohes, MyRa, SETARA, UI, GreenMatric, QS Ranking, OBB, Kerangka Keberhasilan, THES, Tracer Study dan lain-lain data yang berkaitan.
- Menguruskan rekod dan pelaporan data pelajar, serta menguruskan custcare akademik universiti.
- Menguruskan proses pengijazahan, hal ehwal graduan dan Istiadat Konvokesyen Universiti.
- Menguruskan proses peperiksaan akhir, rayuan keputusan peperiksaan, peperiksaan ulangan khas/ gantian, pemarkahan dan penggredan, serta kes salah laku akademik.
- Mengurusetia Mesyuarat Senat Universiti Malaysia Terengganu sebagai urus setia, serta menguruskan hal ehwal pentadbiran dan kewangan jabatan.
- Menguruskan penyediaan Jadual Akademik, Jadual Waktu Kuliah, serta Jadual Peperiksaan.
Bahagian Pembangunan Akademik
Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik

Bahagian Pembangunan Akademik bertanggungjawab memastikan pembangunan program akademik yang inovatif, berkualiti dan memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan.
- Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Akademik Universiti.
- Menyelaras dan memantau pembangunan Program Pengajian Baharu, Program ODL Proses Semakan Kokurikulum.
- Menyelaras kelestarian program pengajian.
- Menyediakan dan menyelaras Garis Panduan berkaitan pembangunan akademik dan panduan OBE di peringkat universiti.
- Menyelaras proses Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI) kursus dan program.
- Menyelaras sistem dan Laporan Pencapaian Hasil Pembelajaran Program (PLO) mengikut program akademik.
- Menyelaras pelaporan dan pelaksanaan Sistem Penilaian Pengajaran Pensyarah universiti - (e-TEP) Teaching Excellence Plan.
- Menguruskan sistem One Stop Center bagi dokumen rujukan berkaitan akademik UMT (I-Akademik).
Bahagian Pembelajaran Digital
Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik

Bahagian Pembelajaran Digital bertanggungjawab membangunkan, menyelaras dan menyokong pelaksanaan pembelajaran berasaskan teknologi selaras dengan keperluan pendidikan tinggi masa kini.
- Menguruskan proses pengemaskinian manual, dasar, garis panduan dan polisi berkenaan pembelajaran digital universiti.
- Menguruskan bengkel dan latihan e-Pembelajaran universiti serta memberi khidmat perundingan mengenai pembangunan bahan pembelajaran digital.
- Menguruskan pelaporan aduan dan kepuasan pelanggan jabatan, serta memberikan khidmat bantuan dan sokongan teknikal PdP universiti secara dalam talian.
- Menguruskan proses pembangunan dan pelaksanaan Self Instructional Material (SIM) dan pelaporan Online Distance Learning (ODL).
- Menguruskan pelaporan dan pembangunan bagi kandungan digital, MOOC, ODL dan Micro-Credential (MC).
- Menguruskan proses pembangunan aplikasi, penyelenggaraan serta pemantauan ke atas sistem e-Pembelajaran universiti.

