Istiadat Konvokesyen UMT ke-24

August 2, 2026

Hebahan Semakan Keputusan Permohonan Pelajar Lepasan Asasi Stem Dan Apel Ke Program Sarjana Muda Umt Sesi Akademik 2026/2027

August 2, 2026

Istiadat Konvokesyen UMT ke-24

August 2, 2026

Hebahan Semakan Keputusan Permohonan Pelajar Lepasan Asasi Stem Dan Apel Ke Program Sarjana Muda Umt Sesi Akademik 2026/2027

August 2, 2026

Tahniah Dan Selamat Datang Ke
Universiti Malaysia Terengganu

Info & Berita Terkini
TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KE UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi. Bagi pihak pengurusan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua calon lepasan STPM dan setaraf yang telah berjaya menempatkan diri ke Program Sarjana Muda UMT bagi Sesi Akademik 2026/2027.

Pada sesi pengambilan kali ini, pihak universiti dengan sukacitanya telah mengeluarkan sebanyak 2,480 tawaran kemasukan melalui UPUonline Ambilan Perdana kepada pelajar-pelajar baharu yang cemerlang. Kejayaan saudara dan saudari terpilih daripada 26,683 permohonan yang diterima membuktikan dedikasi, usaha keras, dan kecemerlangan akademik yang telah anda pamerkan selama ini.

Selamat datang ke kampus kami yang terletak indah di tepi Laut China Selatan! Di UMT, kami komited untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif, berinovasi, dan melahirkan graduan yang holistik serta berdaya saing di peringkat global.

Jadikan peluang keemasan ini sebagai titik tolak untuk meneroka ilmu baharu, membina jati diri, dan mencipta kenangan yang bermakna sepanjang bergelar mahasiswa. Sebagai makluman penting, para calon boleh membuat semakan keputusan dan menerima tawaran bermula pada ketetapan berikut:

Tarikh: 15 Ogos 2026 (12.00 Tengah Hari) hingga 24 September 2026 (11.59 Malam)
Pautan Semakan: https://www.intake.umt.edu.my

Diharapkan saudara dan saudari dapat membuat semakan dan pengesahan tawaran dalam tempoh masa yang telah ditetapkan bagi melancarkan urusan pendaftaran kelak. Sekali lagi, tahniah saya ucapkan.

Kami tidak sabar untuk menyambut kehadiran anda semua di Universiti Malaysia Terengganu. Selamat melangkah ke fasa baharu yang penuh gilang-gemilang!

Terima kasih.

Ikhlas daripada,

Professor Ts. Dr. Salisa Binti Abdul Rahman

Pengarah
Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik (PPPA)
Universiti Malaysia Terengganu
& Pasukan Pengambilan Pelajar Prasiswazah
Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik (PPPA)
Universiti Malaysia Terengganu

0

0

0

Tahniah Dan Selamat Datang Ke Universiti Malaysia Terengganu
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more