Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma & Asasi

October 13, 2026

Etika Pakaian Pelajar Universiti

October 13, 2026

Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma & Asasi

October 13, 2026

Etika Pakaian Pelajar Universiti

October 13, 2026

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR
Semester II, Sesi 2025/2026 (Sarjana Muda)
Universiti Malaysia Terengganu

Hebahan Terkini
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR Semester II, Sesi 2025/2026 (Sarjana Muda) Universiti Malaysia Terengganu

5 – 21 Julai 2026

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Akhir Semester II, Sesi 2025/2026 kepada semua pelajar program Sarjana Muda.

Semua pelajar disarankan agar membuat persediaan yang rapi dari aspek akademik, fizikal dan mental bagi memastikan kelancaran sepanjang tempoh peperiksaan. Pelajar juga hendaklah sentiasa mengamalkan disiplin diri yang tinggi serta mematuhi segala peraturan dan etika peperiksaan yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.

Sehubungan dengan itu, pelajar diingatkan supaya mematuhi sepenuhnya peruntukan di bawah:

P.U.(A) 326 – Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (Tatatertib Pelajar) 2024

Sebarang bentuk pelanggaran terhadap peraturan, tatacara atau etika peperiksaan, termasuk perbuatan yang boleh menjejaskan integriti peperiksaan, boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut peraturan yang berkuat kuasa.

Pihak universiti berharap agar semua pelajar dapat menghadapi peperiksaan dengan penuh keyakinan, berintegriti serta memberikan prestasi yang terbaik.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Terima kasih.

PUSAT PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

0

0

0

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester Ii, Sesi 2025/2026 (Sarjana Muda)
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more